Wednesday, 1 May 2013

tawar :'(

Assalamualaikum , aku tawar , segala-galanya tawar , aku tak tahu apa yang aku rasa , ya , aku mengaku , aku hanya sebesar hama diantara kau dan kawan-kawan kau , seolah-2 nak melihat aku kena pakai kanta pembesar kan ? tidak mengapalah , aku redha , aku sedar siapa aku pada sisi kau waktu sekarang , aku tak penting macam kawan-kawan kau kan , pergilah dengan kawan kau tu , aku bahagia bila kau bahagia walaupun hakikatnya aku cukup kecil hati dengan sifat dan perangai kau .

Tidak terlintas sedikit pun dekat hati aku nak mendoakan yang tidak baik , aku terlalu sayang , dan aku cukup sayangkan kau , mungkin sebab sayang ini membuatkan aku berkata yang bukan-2 , tapi percayalah , tak tergamak aku nak melihat kau tersungkur lagi , memang ada lagi orang lain yang bersama kau waktu kau susah , tapi aku juga begitu , aku juga dapat melihat waktu kau susah dulu , tapi sedikit pun tidak aku terdetik mahu tinggalkan kau , kerna apa? kerna aku sayangg dan terlalu sayangg , pada aku , susah macam mana pun kau , aku tetap akan ada disisi kau , ya , aku akan ada disisi kau biar sesusah mana pun hidup kau , biar jatuh tersungkur mcm mana pun .

Tapi satu sahaja yang aku minta , tolong faham hati aku juga , betapa aku rindukan kau , betapa aku sayanggkan kau , aku cuma nak yang terbaik , itu sahaja ! kadang-kadang aku rasa terlalu penat , aku penat dengan semua ni , aku rasa cuma aku sahaja yang bersungguh tapi kau tidak , mungkin aku perlu bagi kau ruang kan ? sebab aku kan penyibuk , aku terlalu ambil berat , sampai kau jadi rimas , ya , aku akan cuba buat , aku juga manusia biasa , aku doakan kau , semoga kau bahagia dengan apa sahaja yang kau lakukan sekarang , aku percaya , kalau ada jodoh , lari lah kemana pun kita akan bersatu juga kan ? aku percaya itu , jangan risau , aku takkan ganggu kau , aku cuma akan senyap sahaja , tempoh bertenang mungkin ? semoga aku kuat menghadapi nya , aminnn

No comments:

Post a Comment